Tuesday, December 2, 2008

Hari Keluarga 2008

Pada tarikh 29 November 2008 yang lalu, telah diadakan satu aktiviti hari keluarga oleh ahli keluarga dan cucu Hajjah Alimah (Nenek Limah) di A'Famosa Resort Melaka.

Aktiviti ini adalah yang pertama kali di adakan setelah sekian lama di rancang oleh cucu-cucu. Alhamdulillah, ia akhirnya berjaya juga dianjurkan.


Tujuan diadakan aktiviti hari kelurga ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli keluarga. Pada masa yang sama, aktiviti ini juga bertujuan meraikan Puan Hajjah Alimah
yang baru sahaja selesai menjalani satu rawatan di Hospital Besar Kuala Lumpur.

Antara cucu-cucu Hajjah Alimah yang telah bekerja keras dalam memastikan segala aktiviti terlaksana termasuklah Encik Mohd Rahi Khan, Puan Rahimah, Cik Nora, Cik Nurhidayah, Encik Kamaluddin dan ramai lagi termasuklah dari seluruh ahli keluarga. Sebenarnya satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan untuk melancarkan perancangan aktiviti hari keluarga ini. Sila klik disini untuk Jawatankuasa Aktiviti Hari Keluarga Hajjah Alimah 2008.

Ahli Jawatankuasa telah memilih A'Famosa Resort Melaka sebagai lokasi aktiviti. Disitu mereka telah menyewa 2 buah banglo yang sederhana besar. Tempatnya sesuai kerana terdapat halaman luar yang luas dan mempunyai kolam mandi(renang) yang tertutup.

Antara aktiviti yang telah diadakan pada sebelah siang adalah seperti Sukaneka, Polo Air, Bola Sepak dan aktiviti bebas. Aktiviti bermula agak lewat sedikit seperti yang dirancang iaitu selepas solat Asar. Aktiviti dimulakan dengan bermain isi air dalam botol, kemudian perrmainan kedua ialah Cari Gula dalam Tepung dan Permainan ketiga adalah solekan pengantin yang sangat menghiburkan. Permainan Yang terakhir pula adalah ujian minda.

Pada sebelah malam pula telah diadakan Barberque(BBQ), karaoke dan penyampaian hadiah (tukar hadiah) serta cabutan bertuah. Setelah selesai semuanya berakhir,
pihak Ahli Jawatankuasa majlis telah membubarkan AJK 2008 untuk melantik AJK baru bagi aktiviti tahun 2009. Perlantikan baru dipilih di kalangan anak-anak Hajjah Alimah (bapa & mak saudara). Selepas perlantikan, mesyuarat telah berlansung membincangkan halatuju aktiviti untuk tahun 2009. Antara yang telah di bincangkan adalah mengadakan Aktiviti Hari Keluarga 2009 di Terengganu, kutipan bulanan dan avtiviti lain untuk sepanjang Tahun 2009.

Secara keseluruhan semua aktiviti telah berjalan dengan sempurna dan sangat-sangat menghiburkan.

Alhamdulillah, aktiviti ini telahpun dijadikan salah satu aktiviti tahunan. Diharapkan supaya dengan adanya aktiviti seperti ini dapat mengeratkan lagi ukhwah silaturrahim hubungan sesama ahli keluarga Hajjah Alimah.

Semoga semuanya dapat bersama lagi di Hari Keluarga 2009 tahun hadapan di Terengganu, InsyaAllah.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang Hari Keluarga 2008.